Tuesday, May 25, 2010

PEDULIKAH KITA...

1. Encik..tolong keluar ye..ini koc wanita..sila ke koc sebelah..
2. Dik, ni koc wanita..tolong keluar
3. Prittttttttt..keluar..keluar
4. Eh, dorang nih tak nampak ke..ni kan koc wanita
5. Dahlah lelaki..boleh duduk plk tu...

Itu antara kata-kata yang kedengaran ketika saya menaiki komuter baru-baru ini.

KTMB telah pun memperkenalkan satu koc khas untuk wanita bermula 28 April yang lalu. Sangat bagus dan sangat selamat bagi penumpang wanita.

Namun, berapa ramai lelaki-lelaki di luar sana yang peduli tentang perkara ini???? Sepanjang perjalanan saya dari Seremban ke Pelabukan Klang pelbagai ragam kaum lelaki yang dilihat. Ada yang selamba je duduk dengan alasan ala tak pe bukan kena saman pun, malas ahh..padahal dah tulis besar-besar dah 'koc wanita, wanita sepanjang masa' dan pengumuman pun telah dibuat di semua stesen komuter. Hei..ape lah dorang nih..

Berbalik pada perjalanan saya. SANGAT SELESA. Perkataan yang sangat sesuai untuk diberikan walaupun ada insiden yang 'lucu' berlaku (lelaki kena halau). Terasa seperti wanita begitu dihargai dan dimuliakan. Boleh ke pakai istilah tu?? Heheehe.. Aman dan tenang. Tidak perlu berhimpit-himpit dan bergesel dengan lelaki(itulah yang berlaku setiap kali menaiki komuter).

Usaha ini amat dihargai. Mungkin akan ada lagi usaha-usaha yang lebih baik untuk memelihara dan menaikkan martabat kaum wanita selepas ini.

p/s : Harap KTMB tukar warna koc tengah menjadi warna merah jambu semua..barulah semua tahu itu koc untuk wanita..

0 comments: