Wednesday, May 26, 2010

senyum+ketawa+gelak=penawar 'stress'

ingin berkongsi dengan semua cerita2 lucu yang saya dapat dari seorang kawan...

cerita 1

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa.

Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.
Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti.

Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Cerita 2

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wan...ita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

cerita 3

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.Doktor berkata kepadanya..."Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong..."
Lelaki menjawab..."Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"

cerita 4

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputermenjawab: "52 kg!"Setelah memasukkan wang RM 1.00..mesin komputer menjawab: "4...7 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputermenjawab: "52 kg!"Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk danmontel cuba menimbang dirinya di mesin itu.Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkanjawapan:"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

hehehheheh...selamat berhibur!!!!!!!!!!

Tuesday, May 25, 2010

PEDULIKAH KITA...

1. Encik..tolong keluar ye..ini koc wanita..sila ke koc sebelah..
2. Dik, ni koc wanita..tolong keluar
3. Prittttttttt..keluar..keluar
4. Eh, dorang nih tak nampak ke..ni kan koc wanita
5. Dahlah lelaki..boleh duduk plk tu...

Itu antara kata-kata yang kedengaran ketika saya menaiki komuter baru-baru ini.

KTMB telah pun memperkenalkan satu koc khas untuk wanita bermula 28 April yang lalu. Sangat bagus dan sangat selamat bagi penumpang wanita.

Namun, berapa ramai lelaki-lelaki di luar sana yang peduli tentang perkara ini???? Sepanjang perjalanan saya dari Seremban ke Pelabukan Klang pelbagai ragam kaum lelaki yang dilihat. Ada yang selamba je duduk dengan alasan ala tak pe bukan kena saman pun, malas ahh..padahal dah tulis besar-besar dah 'koc wanita, wanita sepanjang masa' dan pengumuman pun telah dibuat di semua stesen komuter. Hei..ape lah dorang nih..

Berbalik pada perjalanan saya. SANGAT SELESA. Perkataan yang sangat sesuai untuk diberikan walaupun ada insiden yang 'lucu' berlaku (lelaki kena halau). Terasa seperti wanita begitu dihargai dan dimuliakan. Boleh ke pakai istilah tu?? Heheehe.. Aman dan tenang. Tidak perlu berhimpit-himpit dan bergesel dengan lelaki(itulah yang berlaku setiap kali menaiki komuter).

Usaha ini amat dihargai. Mungkin akan ada lagi usaha-usaha yang lebih baik untuk memelihara dan menaikkan martabat kaum wanita selepas ini.

p/s : Harap KTMB tukar warna koc tengah menjadi warna merah jambu semua..barulah semua tahu itu koc untuk wanita..

Sunday, April 11, 2010

testing...testing...

Sedang cuba untuk kembali berblog..